Friday, August 27, 2010

Dunia Pendidikan Khas

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas

Di Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.

Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh Malaysia adalah seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah seramai 2587 orang. Dan bilangan sekolah semakin bertambah kerana masyarakat sudah sedar betapa pentingnya pendidikan untuk anak-anak kurang upaya ini supaya mereka dapat hidup berdikari dan dapat rasa nikmat persekolahan seperti insan yang normal.


Sunday, August 8, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan, Kelas Integrasi Pendidikan Khas SMK Taman Bukit Indah telah mempunyai blogspot. Dengan ada nye kemudahan ini maka segala aktiviti yang dilakukan pelajar boleh dipaparkan.

kepulangan Puan Rafizah

Assalamualaikum, kami warga kelas Pendidikan Khas SMK TBI mengucapkan selamat kembali pada Puan Rafizah dari bercuti. Selamat bertugas